Bakal melepasi Linux akhir 2020 nanti.
Huawei menyatakan keyakinan terhadap sistem operasi yang dibangunkan mereka iaitu Harmony OS bakal menjadi sistem operasi kelima terbesar di dunia dalam tahun 2020 nanti.
Ia dinyatakan sendiri oleh Naib Presiden Kanan Huawei, Joy Tan dalam satu temu ramah baru-baru ini. Malah beliau turut yakin Harmony OS akan mampu mengatasi kedudukan Linux menjelang akhir 2020 nanti.
"We released a few months ago the Harmony OS. As the firm Counterpoint Research reveals in their report, the Harmony operating system should become more popular than Linux by the end of 2020. Thus becoming the fifth largest operating system for digital devices”.
Huawei sebelum ini mendakwa, Harmony OS menjanjikan peningkatan prestasi sistem operasi sehingga 40% berbanding sistem Android yang digunakan pada peranti pintar ketika ini.
Harmony OS telah pun diumumkan secara rasmi pada bulan Ogos lalu yang merupakan sistem operasi pertama berasaskan mikro-kernel dan tersedia untuk digunakan pada pelbagai peranti.
Sumber: GizChina
Berkaitan
- Pelancaran Misi Krew Ke-5 NASA Dan SpaceX Ditunda, Roket Falcon 9 Alami Kerosakan
- Sebanyak 130 Permohonan Dibuat oleh Syarikat A.S Yang Mahu Berurus Niaga Dengan Huawei Tapi Tiada Satu Pun Diluluskan Pentadbiran Trump
- Harga Twitter 'Blue' Di Malaysia Berharga RM50 Sebulan Untuk Peranti Android Dan iOS
- Filem Aksi Sebenar 'Gran Turismo' Bakal Ditayangkan Ogos 2023
- MOSTI Siasat Laporan Penemuan Serpihan Objek Di Sarawak
- Kecacatan Ciri Keselamatan macOS Menyebabkan Sebarang Kod Aplikasi Boleh Dijalankan Tanpa Kebenaran Pengguna
- Microsoft Menghalang Sebahagian Pengguna Antivirus Avast dan AVG Daripada Mengemas Kini Windows 10 Mereka
- Huawei MatePad Pro 12.6 - Peranti Dah Padu Tapi OS Tu...
- WT: Social Adalah Platfom Sosial Tanpa Iklan Dari Pembangun Wikipedia
- Microsoft Office 365 Dan Google Workspace Dilarang Digunakan Di Sekolah Di Perancis