Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hari Jumaat Diumumkan Sebagai ‘Hari Jawi’

Hari Jumaat Diumumkan Sebagai ‘Hari Jawi’

Diterbitkan Julai 11, 2020 oleh ariff bukhari

Ada yang buta Jawi?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mengumumkan, hari Jumaat adalah hari rasmi bagi penggunaan tulisan Jawi.

Dalam satu kenyataan media oleh beliau semalam, kempen ‘Hari Jumaat Hari Jawi’ yang bermula dari 10 Julai 2020 (semalam) telah pun dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli jemaah menteri.

Hari Jumaat Diumumkan Sebagai ‘Hari Jawi’
Sumber: FB

Malah kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga mula menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi mulai semalam.

Untuk pengetahuan anda, tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta bhasa Kebangsaan 1963 / 67.

“Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan”.

P/s: Tulisan Jawi adalah berbeza daripada peribahasa ‘masuk jawi’.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY