Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Harga Untuk Samsung Galaxy M Dikhabarkan Bawah Paras RM800 Untuk Pasaran India

Posted on Januari 21, 2019Januari 21, 2019

Khabar angin tentang kedatangan siri Galaxy baru dalam keluarga Samsung sudah dikhabarkan sejak beberapa bulan terakhir 2018.

Dijadualkan pelancarannya pada 28 Januari depan, Galaxy M disebut sebagai pengganti kepada Galaxy J, Galaxy C dan Galaxy On . Menyunting laporan GSMArena, harga bagi dua buah model Galaxy M10 dan Galaxy M20 dilihat berada dibawah paras ~RM800.

Informasi tersebut dikatakan diperoleh dari sumber terdekat Samsung yang menyatakan Galaxy M10 dijual pada harga INR 8990 ( ~RM519) manakala Galaxy M20 dengan harga INR 12990 (~RM 750).

Berkenaan spesifikasi pula, Galaxy M10 akan dilengkapi dengan skrin  Infinity V 6.2 inci HD+, dwi kamera utama 13MP+5MP, kamera swafoto 5MP, cip Exynos 7872, RAM 2/3GB, storan 16/32GB, bateri 3400mAh dan bakal menjalankan Android Oreo 8.1.

Bagi model Galaxy M20, ia diramal tampil dengan skrin  Infinity V 6.3 inci HD+, cip pemprosesan Exynos 7885, RAM 3GB, storan 32/64GB,dwi kamera utama 13MP+5MP, kamera swafoto 8MP dan kapasiti bateri sebesar 5000mAh.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress