Sebelum ini menerusi Pek OKU, golongan kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar tersebut.
pakej Unifi OKU (100Mbps RM309/month) lebih mahal daripada pakej biasa (100Mbps RM129/month)
mohon @McmcReact @SKMM_MCMC @GobindSinghDeo ambil tindakan..
adakah ini satu penganiayaan @helpmeunifi kepada OKU?
Sumber : https://t.co/7mrWc3FSu1 | https://t.co/RhzpmRxj0v pic.twitter.com/vxlao7Lr0H
— #Ʌᴍɪ ?? ? (@_aMiHS) January 4, 2019
Mengutip kiriman tweet dari seorang pengguna, @_aMiHS, beliau ada bertanyakan kepada @McmcReact mengapa Pakej 100Mbps unifi bagi OKU dipaparkan lebih mahal berbanding pakej 100Mbps biasa.
Seperti yang tertera pada bahagian Pek OKU, harga bagi kelajuan 100Mbps diletakkan pada nilai RM 309 manakala pakej unifi 100Mbps hanya pada harga RM 129.
Untuk kepastian tentang perkara ini, kami telah menghubungi talian khidmat pelanggan Unifi. Kakitangan khidmat pelanggan menjelaskan bahawa harga bagi Pek Oku 100Mbps tersebut adalah harga lama dan belum dikemaskini lagi. Turut dinyatakan, pihak unifi sedang berada dalam proses pengurangan harga pakej.
Sekiranya pengguna berkeinginan untuk melanggan pakej OKU, pihak unifi menyarankan supaya pengguna melanggan pelan unifi 100Mbps biasa yang berharga RM 129 kerana ia lebih murah disamping penawaran ciri seperti unifi TV Pack, akses playTV dan lain-lain.
Tawaran bagi pek OKU ini juga dilihat berada dalam tab Happenings dan bukannya pada tab penawaran pakej yang biasa.
Namun begitu, paparan informasi ini dilihat boleh mengelirukan pengguna dan diharapkan pihak unifi dapat mengemaskini informasi tersebut.
Berkaitan
- Data LTE Percuma Unifi Mobile Dikurangkan Dari 10GB Kepada 2GB Sahaja
- Perubahan Nama Rangkaian Daripada Webe Kepada Unifi Akan Bermula 16 September Ini
- Pengguna Unifi Dibeberapa Kawasan Di Sabah Alami Gangguan Perkhidmatan
- Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pelan Unifi 30Mbps RM39
- Samsung Keluarkan 4 Video Acah Galaxy S9, Memfokuskan Ciri Kamera
- Teknologi Dwi Piksel Boleh Bantu Kamera Untuk Autofokus Dengan Lebih Pantas Dan Jelas
- Kempen Bonanza Dari TM - Harga Promosi Bagi Streamyx 8Mbps (RM89) Dan UniFi Advance 30Mbps (RM139)
- Unifi Capai Angka 1 Juta Pelanggan
- Pakej UniFi Untuk Pelajar Dan Usahawan Teknologi Akan Diperkenal Tidak Lama Lagi
- TM Tangguh Dulu Promosi Unifi Lite 10Mbps RM99