Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix iOS 17

Harga Langganan Netflix Di AS Naik Lagi

Diterbitkan Mac 27, 2026 · Dikemas kini Mac 27, 2026 oleh ariff bukhari

Netflix sekali lagi menaikkan harga langganan di Amerika Syarikat, selepas kurang daripada dua tahun kenaikan terakhirnya.

kenaikan ini meliputi semua pelan termasuklah pelan Standard dengan iklan di AS kini berharga $8.99 sebulan, naik daripada $7.99.

Pelan Standard tanpa iklan pula meningkat kepada $19.99, manakala Premium melonjak kepada $26.99 sebulan.

Kenaikan ini berkuat kuasa serta-merta untuk pelanggan baharu, manakala pelanggan sedia ada akan menerima notis melalui e‑mel dan perubahan akan berlaku mengikut kitaran bil masing‑masing.

Syarikat itu dalam kenyataannya kepada Variety menjelaskan bahawa, langkah ini perlu untuk mengekalkan “kuasa harga” dan membiayai pelaburan besar dalam kandungan.

“Pendekatan kami kekal sama: Kami terus menawarkan pelbagai harga dan pelan untuk memenuhi pelbagai keperluan, dan ketika kami memberikan lebih banyak nilai kepada ahli kami, kami sedang mengemas kini harga kami untuk membolehkan kami melabur semula dalam hiburan berkualiti dan meningkatkan pengalaman mereka dengan mengemas kini harga kami,”

Reaksi pengguna bercampur‑baur terhadap langkah Netflix ini dengan ramai pelanggannya menganggap kenaikan ini sebagai tamak dan mempertimbangkan untuk membatalkan langganan.

Buat masa ini, tiada kenaikan harga untuk pelanggan mereka di luar AS dengan harga pelan langganan Netflix di Malaysia masih bermula dari RM18.90 hingga RM 62.90/bulan di mana kali terakhir ia dikemas kini adalah pada November 2024 dahulu.

Berkaitan

  • Netflix Naikkan Harga Langganan Di Malaysia
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • SeeDance 2.0 Kini Dilancarkan Kepada Pengguna Di Seluruh Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY