Seorang warga Amerika Syarikat, Wayne Gerdes yang pemegang beberapa rekod dunia sekali lagi memecah Guinness World Records untuk masa pengecasan paling singkat untuk menyeberangi Amerika Syarikat dengan kenderaan elektrik.
Rekod yang perlu dipecahkannya ialah 7 jam, 10 minit dan 1 saat yang dipegang oleh Kia EV6.
Dengan masa pengecasan 2 jam, 26 minit, 48 saat, dia berjaya merentas negarinya dari Los Angeles, California hingga ke bandar New York dengan jumlah jarak sebanyak 4,561km (2,834 batu).
Memuji Porsche Taycan, dia mengakui ini pengalaman kali pertamanya mengecas dari 6% ke 82% dalam masa 22 minit menggunakan pengecas 350KW.
Setiap kilometer perjalanan kereta itu dirakam, dijejak dengan GPS dan dirujuk pada barisan panel yang bertauliah sebelum dia disahkan sebagai pemecah rekod.
Di Malaysia, Porsche Taycan boleh didapati serendah ~RM500 ribu dengan pengecualian cukai. Selain itu, pemiliknya juga akan didaftar secara ahli Platinum yang melayakkan mereka untuk mendapatkan banyak manfaat di Shell di Malaysia dan Singapura termasuk diskaun 50% untuk 12 jam pertama setiap tahun.
Dalam perkembangan lain, TNB juga berkongsi rancangan mereka untuk membuka hub pengecas kereta elektrik di Bangsar pada 2023 kelak selain sebuah stesen pengecas arus terus (DC) di ibu pejabat mereka di Kota Damansara yang akan siap pada bulan hadapan.
Sumber: Porsche
Baca juga:
- 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Kabel Besar TIME Dengan WiFi 6
- Elon Musk Tawar RM20K Pada Remaja Untuk Henti 'Stalk' Beliau
- TNB Akan Buka Stesen Pengecas Kereta Elektrik Tahun Hadapan
- Kos Tukar Bateri Lebih Dari RM90K, Pemilik Tesla Ini Ambil Keputusan Untuk Letupkan Kereta
Berkaitan
- Tesla Kini Rasmi Di Malaysia
- Tesla Malaysia Adakan Temu Duga Secara 'Walk-In' Di Cyberjaya Minggu Depan
- Tesla Buka Kedai Baru Di Xinjiang Sejurus AS Gesa China Henti Genosid
- Tak Perlu Tesla, Ini 10 Syarikat Antarabangsa Lain Yang Melabur Di Malaysia
- "Kalut Sangat Dengan Twitter Sampai Tinggal Tesla" - Pelabur Ke-3 Terbesar Tesla Tak Puas Hati Dengan Elon Musk
- Tesla Malaysia Rasmi Pada 20 Julai 2023
- Tesla Dilapor Sudah Berdaftar Di Thailand Tapi Bukan Hanya Jual Kereta
- SuperCharger Tesla Akan Tersedia Di 6 Negeri
- Tidak Cukup Hanya Bateri, Jokowi Mahu Tesla Keluarkan Kereta Elektrik Di Indonesia
- Tesla Model Y Berharga RM199,000 Di Malaysia