Hampir Setahun Dilancarkan, NASA Kongsi Imej Terbaik Dari Teleskop Webb

Selepas pelancarannya pada 25 Disember tahun lepas, Teleskop Angkasa James-Webb (JWST) telah berkongsikan pelbagai imej seperti Pillar of Creation dan perbandingan gambar Teleskop Hubble dan James-Webb.

Kali ini NASA telah berkongsikan imej angkasa yang paling menakjubkan sejak ia beroperasi buat kali pertama.

Tarantula Nebula




Imej ini diambil oleh NASA pada 6 September lepas dan mempunyai keluasan menjangkau 340 tahun cahaya. Menariknya lagi, imej ini dihasilkan melalui pengesan inframerah teleskop tersebut.

Kecanggihan teknologi teleskop ini telah berjaya membuatkan kita mengesan kehadiran bintang muda ditengah-tengah gugusan debu angkasa itu.

Phantom Galaxy




Teleskop Angkasa James Webb telah berjaya mengemudi dirinya untuk melihat gugusan bintang dipusat galaksi ini.

Untuk pengetahuan pembaca, Phantom Galaxy (M74) adalah sebuah galaksi dalam kelas spesifik yang dikenali sebagai Grand Spiral Design.

Kelas tersebut untuk galaksi yang mempunyai lingkaran yang paling jelas dan menonjol sekali.

Cincin dan Aurora Planet Musytari




NIRCam (Near-Infrared Camera) milik JWST telah berjaya menangkap imej Musytari yang menunjukkan sekali aurora, cincin dan bulan Amalthea dan Adrastea.



Berikut di atas adalah gambar aurora Musytari yang lebih jelas. Gambar kedua ini tampak berbeza selepas ia disunting dengan 3 tiga tapisan inframerah khusus.

Cartwheel Galaxy




Cartwheel Galaxy ini terbentuk selepas pelanggaran berkelajuan tinggi antara galaksi lingkaran yang besar dan galaksi yang kecil. NASA telah mendedahkan gambar ini pada 2 Ogos lepas.






Carina Nebula



Carina Nebula terletak lebih kurang 7,500 tahun cahaya jauhnya dari Bumi. Ia mempunyai nama gelaran sebagai "tebing kosmik".Community Verified icon


Nebula ini adalah tempat tinggal kepada banyak bintang muda dan ada sesetengah daripadanya jauh lebih besar daripada Matahari kita.



Southern Ring Nebula






Nebula terletak di lokasi angkasa sejauh 2,000 tahun cahaya dari Bumi dan mempunyai nama lain, "eight-burst" nebula. Kedua-dua imej tersebut ditangkap melalui cahaya near-infrared (kiri) dan cahaya mid-infrared (kanan).

Stephan's Quintet




Stephan's Quintet adalah nama yang diberikan kepada 5 galaksi yang terletak 290 juta tahun cahaya dari Bumi di buruj Pegasus.

JWST berjaya menangkap imej yang begitu jelas akan interaksi yang berlaku dan wujud antara kelima-lima galaksi tersebut.

Imej Angkasa Pertama Teleskop Angkasa James-Webb




Gambar di atas adalah imej pertama yang dihasilkan JWST pada 11 Julai, 2022 yang lepas. Menariknya, imej ini telah dikongsikan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

{suggest}

Imej ini juga adalah imej alam semesta yang paling jauh dengan resolusi yang tertinggi setakat ini. Selain itu, cahaya paling jauh dalam imej tersebut mengambil masa lebih 13 bilion tahun sebelum ia mampu sampai ke Bumi.

Sumber: The Planetary Society

Gambar utama: The Planetary Society