Tim Cook Balas E-Mel Remaja Yang Kongsikan Kisah Diselamatkan Apple Watch

Seorang remaja bernama Metha dari Maharashtra, India berjaya diselamatkan apabila terjatuh ke lembah semasa turun mendaki bersama rakan-rakan pada Julai lalu.

Remaja berusia 17 tahun itu terjatuh ke dalam lembah sehingga kira-kira 150 kaki.

Menyedari iPhone 13 miliknya berada dalam beg kawannya, dia menggunakan Apple Watch untuk menghubungi rakan dan ahli keluarga untuk bantuan.
"Dapat saja isyarat di Apple Watch, cepat-cepat saya hubungi ibu bapa dan kawan-kawan" - Metha.

Masa diambil kira-kira 2 jam sebelum dia mendapat bantuan awal.

Rakan-rakan dan orang awam berdekatan akhirnya berjaya membawa Metha naik. Dia waktu itu mempunyai berat 99kg dengan tinggi lebih 6 kaki.

{suggest}

Rupa-rupanya, itu merupakan kemalangan ketujuh dalam hari sama di laluan tersebut.

Kecederaan yang dialaminya ialah patah kedua-dua pergelangan kaki.



Beliau dikejarkan sebuah hospital di Lanovla namun kemudian dipindahkan pula ke hospital di Pune untuk pembedahan.

Disebabkan komplikasi, Metha akhirnya dibawa pula ke hospital di Mumbai dan dibenarkan keluar hospital pada 7 Ogos 2022.

Bersyukur mempunyai Apple Watch Series 7 di tangan ketika waktu getir, Metha kemudian berkongsi kisah tersebut dengan Tim Cook melalui e-mel.
Smit,

I’m so glad you are on the road to recovery. It sounds like a terrible accident. Thanks so much for sharing your story with us.

I wish you a full and speedy recovery.

Best,
Tim

CEO Apple itu kemudian membalas dengan berkata beliau gembira mengetahui Metha sudah semakin pulih dan berterima kasih kerana berkongsi cerita tersebut.



Dalam e-mel yang ringkas itu, Tim juga mendoakan agar remaja tersebut akan cepat sembuh.

Bagi Metha, Apple Watch telah menyelamatkannya kerana dia dapat melakukan panggilan penting pada waktu getir hari malang itu.

Sumber: Times of India