Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Upin Dan Ipin Memenangi Anugerah Golden Wing Bagi Kategori Animasi Terbaik Di China

Hajat Upin Dan Ipin Untuk Menjejakkan Kaki Di Oscar 2020 Tidak Kesampaian

Diterbitkan Januari 13, 2020 · Dikemas kini Januari 14, 2020 oleh ariff bukhari

Terus berusaha, jangan putus asa.

Pihak Anugerah Akademi (Oscar) telah pun mengumumkan barisan nama pelakon, pengarah, judul filem dan lain-lain yang layak untuk dipertandingkan dalam anugerah filem berprestij itu sebentar tadi.

Bagi rakyat Malaysia pastinya semua tertumpu kepada syarikat produksi animasi 3D Upin dan Ipin iaitu Les’ Copaque yang telah pun disenaraikan untuk dinilai sebagai calon akhir ke Oscar 2020.

Walaubagaimanapun, hasrat untuk melihat filem animasi negara itu tercalon sebagai filem Malaysia pertama layak dipertandingkan dalam anugerah itu nampaknya tidak kesampaian.

Ini kerana filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal tidak terpilih sebagai calon akhir bagi kategori filem animasi terbaik untuk anugerah berprestij itu

Sebaliknya filem animasi yang tercalon untuk kategori itu adalah How to Train Your Dragon: The Hidden World, I Lost My Body, Klaus, Missing Link danToy Story 4.

Upin & Ipin The Lone Gibbon Kris is not selected at the Oscars. Thank you everyone for believing in us https://t.co/69KqktY3yC

— Les' Copaque (@lescopaque) January 13, 2020

Namun begitu, rakyat Malaysia masih boleh berbangga kerana filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal telah menjadi filem animasi pertama Malaysia yang berjaya menempatkan diri dalam senarai 32 calon akhir daripada ratusan penyertaan yang diterima dari seluruh dunia.

Malah usaha Les’ Copaque amat perlu dipuji kerana produksi tersebut berusaha sendiri menerbangkan kakitangannya ke Los Angeles bagi menghantar DVD filem tersebut sampai ke tangan pihak penganjur Oscar untuk memastikan mereka turut sama seterusnya menjadi wakil filem Malaysia ke Oscar.

Tahun 2019 memperlihatkan perkembangan yang sangat positif bagi produksi animasi tempatan di mana hasil kutipan dari 3 filem animasi yang ditayangkan tahun 2019 lalu iaitu menerusi  Ejen Ali The Movie, BoBoiboy 2 The Movie dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal telah berjaya membuat kutipan mencecah RM90 juta.

Penggiat Animasi Tempatan Menyambut Baik Peruntukan RM20 Juta Dalam Belanjawan 2020
Filem Ejen Ali The Movie (lebih RM30 juta), BoBoiboy 2 The movie (RM29,572,074.00) dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (RM26,195,229.10). Sumber: Finas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY