Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple watch walkie talkie

Hadapi Masalah Ketika ‘Invite’ Walkie-Talkie Di Apple Watch? Cuba Kaedah Ini

Diterbitkan Julai 22, 2022 · Dikemas kini Julai 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Bagi pengguna baharu Apple Watch atau pertama mencuba fungsi walkie-talkie, anda mungkin hadapi masalah ketika membuat ‘invitation‘ pada rakan pengguna Apple Watch yang lain untuk sama berhubung.

Isu yang kami hadapi ialah jemputan dihantar tidak sampai dan jemputan dari pengguna lain juga tidak kami peroleh. Apabila kedua-dua hala ini tidak berjaya, sambungan walkie-talkie langsung gagal.

Hal ini kerana Apple menuntut ‘invite’ ini diterima dahulu oleh salah seorang pengguna, barulah kedua-duanya dapat bebas berwalkie-talkie bila-bila masa.

Justeru, antara langkah yang anda boleh cuba adalah seperti di bawah.

  1. Padam semua jemputan walkie talkie.
  2. Guna iPhone anda untuk buat panggilan video FaceTime dengan rakan.
  3. Guna Apple Watch untuk buat panggilan (voice call) kepada rakan anda. Pastikan ia dibuat daripada Recents, bukan Contacts.
  4. Hantar semula jemputan walkie-talkie pada rakan.

Pastimya rakan anda mendapat notifikasi jemputan. Selesai menerima (meluluskan) jemputan, anda kini boleh bercakap melalui walkie-talkie selagi mana mengaktifkannya.

facetime

Sebelum mencuba kaedah ini, pastikan FaceTime anda diaktifkan terlebih dulu dan disambung pada nombor telefon. Jika tidak, mungkin itu yang menjadi punca kegagalan sambungan walkie-talkie.

Selain itu, anda juga boleh cuba menyahaktif dan kemudian aktifkan semula FaceTime. Ada pengguna mendapati kaedah ringkas ini berjaya membantu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Tidak Berhasrat Lantik Semula Jensen Huang Sebagai CEO
  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
©2026 WISER.MY