Guna Waze Tapi Masih Sesat, Mungkin Ini Adalah Puncanya

Aplikasi Waze dikenali sebagai perisian yang membantu pengguna jalan raya untuk menuju ke kawasan yang tidak diketahui lokasinya.

Akan tetapi, memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Waze juga kadangkala boleh mendatangkan akibat buruk kepada pengguna.

Sebagai contoh, baru-baru ini sebuah akhbar tempatan telah melaporkan mengenai seorang pengguna Waze yang tersesat kerana terlalu mengikuti arahan daripada aplikasi berkenaan.

Bagaimana boleh tersesat kalau dah guna Waze? Berkemungkinan besar, ada tetapan yang anda lupa untuk ubah pada aplikasi itu.



Kesilapan yang pertama paling sering dilakukan ialah tidak menyah-aktifkan fungsi "Avoid toll roads"Fungsi ini memang berguna sekiranya anda mahu menggunakan jalan tanpa tol, namun akan menjadi masalah jika jalan yang bakal dilalui tidak mempunyai isyarat telefon.

Kapsyen: TIME


Jadi pastikan anda semak dahulu jalan tanpa tol yang bakal dilalui sebelum memulakan perjalanan. Anda pasti tidak mahu kehilangan bantuan Waze di tengah-tengah kawasan pedalaman yang dikelilingi hutan, bukan?

Maka, jika tidak menyusahkan, ada baiknya sekiranya anda gunakan sahaja jalan dengan tol yang lebih diyakini tidak mempunyai sebarang masalah isyarat dan lebih mudah untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku apa-apa.

Seterusnya, pastikan anda tetapkan "Don't Allow" pada pilihan Unpaved RoadsIa bagi mengelak daripada Waze membawa anda ke jalan tidak berturap, contohnya kawasan ladang ataupun hutan.

Kapsyen: Rebecca Dominguez@Flickr


Selain itu, pengguna juga dinasihatkan untuk menetapkan "Always" pada pilihan Aviod difficult intersections supaya anda tidak perlu melalui jalan yang "serabut" atau terlalu banyak simpang.

Ini kerana, kadang-kala aplikasi navigasi seperti Waze juga boleh "pening" sekiranya anda melalui kawasan yang terlalu banyak simpang dan jalan alternatif. Akibatnya, anda mungkin akan menerima arahan yang bertukar-tukar dalam tempoh yang singkat.

Tiga tetapan ini mungkin dianggap remeh oleh sebahagian besar daripada kita, tapi percayalah, ada di antara kita yang melakukan kesilapan ini secara sengaja atau tidak.

 

Sumber: Waze Help

Berkaitan