Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
banjir

Guna Aplikasi MyPublicInfoBanjir Untuk Mengetahui Maklumat Terkini Banjir

Diterbitkan Januari 5, 2021 ยท Dikemas kini Januari 5, 2021 oleh Amalina Athman

Sepanjang tempoh musim tengkujuh yang melanda negeri di Semenanjung Malaysia ketika ini, beberapa kawasan di Pantai Timur dan Selatan telah dilanda banjir akibat hujan lebat yang berterusan.

Berikutan itu, orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir bagi memudahkan perancangan perjalanan dan mengetahui situasi terkini keadaan banjir terutamanya ketika musim tengkujuh.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, terdapat 1,500 kawasan di seluruh negara yang dipaparkan data berkaitan seperti aras air sungai semasa dan info banjir secara tepat menerusi penempatan stesen telemetri hidrologi di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, dijangka lebih banyak stesen telemetri hidrologi akan ditambah dalam aplikasi itu pada masa akan datang – khususnya di kawasan kampung.

Bagi anda yang belum tahu, MyPublicInfoBanjir telah dilancarkan pada 12 November tahun lalu. Ia bertujuan untuk menyampaikan maklumat notifikasi berkenaan situasi hujan dan aras air sungai semasa serta hebahan amaran banjir yang boleh diakses secara real-time.

Muat turun boleh dilakukan melalui App Store atau Google Play.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY