Guna Aplikasi Ini Untuk Cari Dan Padam "Duplicate File" Di Dalam Telefon Android Anda

Sebagai pengguna telefon pintar, masalah fail duplicate files adalah sesuatu yang merimaskan. Selain memenuhkan ruang memori, ia juga boleh menyebabkan telefon pintar menjadi perlahan untuk diakses sebagai contoh anda mahu membuka bahagian dokumen.

Proses memadam fail-fail duplicate tersebut boleh menjadi sukar jika anda tidak tahu fail yang mana satu dan jumlah yang terlalu banyak.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mencari dan memadam duplicate file itu, salah satu caranya adalah memaasang Search Duplicate File. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dari Google PlayStore.

  • Muat turun dan pasang aplikasi Search Duplicate File dari Google PlayStore.

  • Selesai dipasang, buka aplikasi dan semua fail yang terkandung didalam memori anda akan terpapar.

  • Tekan butang search dan ia akan mencari fail duplicate. Tempoh proses mencari akan mengambil sedikit masa bergantung kepada saiz storan anda.




  • Senarai fail akan dipaparkan berdasarkan kategori dan anda boleh pilih fail mana untuk dipadam.




  • Terdapat juga fungsi "filter" yang boleh menapis fail mengikut jenis seperi gambar, audio, video, dan beberapa jenis lain.




Sekarang anda lebih mudah untuk memadam fail duplicate yang memenuhi ruang storan.