Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6_Rockstar

GTA 6 Dilapor Akan Tiba Ke Platform PC Seawal 2027

Diterbitkan Oktober 14, 2026 oleh ariff bukhari

Peminat permainan komputer berkemungkinan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menikmati Grand Theft Auto VI (GTA 6) di platform PC.

Ia selepas laporan terbaru mendakwa bahawa Rockstar Games merancang untuk melancarkan versi PC permainan popular itu pada suku pertama tahun 2027.

Hanya beberapa bulan selepas pelancaran rasminya di konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X|S yang dijadualkan pada 19 November 2026 akan datang.

Sekiranya laporan tersebut tepat, tempoh menunggu bagi pemain PC akan menjadi jauh lebih pendek berbanding GTA 5 yang mengambil masa hampir dua tahun sebelum tiba di platform PC.

Laporan yang sama turut menyebut bahawa pelancaran versi PC mungkin berlaku serentak dengan mod berbilang pemain baharu yang sering dirujuk oleh peminat sebagai “GTA Online 2”, walaupun Rockstar masih belum mengesahkan kewujudannya secara rasmi.

Walau bagaimanapun, Rockstar dan syarikat induknya, Take-Two Interactive, masih belum mengeluarkan pengumuman rasmi berhubung versi PC.

Buat masa ini, strategi pelancaran konsol terlebih dahulu sebelum ke PC dilihat masih diteruskan, seperti yang pernah dilakukan untuk GTA 5 dan Red Dead Redemption 2.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Selepas Insiden Kebocoran, Pratonton 26 Minit GTA 6 Kini Ditayangkan Di Netflix 
  • Razer Lancar 3 Set Fon Kepala Baharu Tema Pokemon Berharga RM509

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY