Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grab Malaysia Guna Teknologi Pengesanan Wajah Bagi Lindungi Pemandu

Grab Malaysia Guna Teknologi Pengesanan Wajah Bagi Lindungi Pemandu

Diterbitkan April 12, 2019 oleh Haikel Areff

Grab merupakan perkhidmatan e-hailing yang popular di Malaysia ketika ini. Jika dulu majoriti pemandu Grab adalah lelaki, kini golongan wanita juga semakin ramai menyertai perkhidmatan ini sebagai pemandu.

Oleh itu, Grab Malaysia kini sudah mula menggunakan sistem pengesanan wajah bagi penumpang untuk mengesahkan identiti mereka.

Antara alasan utama penggunaan teknologi ini ialah bagi menjaga keselamatan pemandu, terutamanya pemandu wanita. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif Grab #SaferEveryday.

Grab Malaysia Guna Teknologi Pengesanan Wajah Bagi Lindungi Pemandu
Gambar Hiasan

Melalui sistem pengesanan wajah ini, pengguna kali pertama perlu membuat tangkapan swafoto melalui aplikasi Grab sebelum membuat tempahan.

Bagaimanapun, Grab Malaysia memberi jaminan bahawa imej swafoto itu hanya akan digunakan sekali untuk pengesahan tempahan dan tidak akan dikongsikan bersama pihak lain, termasuk pemandu.

Grab Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dalam perkara ini. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook turut memberi pandangan beliau mengenai perkembangan ini.

Menurutnya, dengan sokongan dan komitmen daripada Grab, teknologi akan dapat membantu menjadikan pengangkutan di Malaysia ini lebih selamat.

Sejak mula digunapakai pada awal tahun ini, sistem pengesanan wajah ini berjaya mengurangkan kadar jenayah berkaitan penumpang Grab sebanyak 30%.

 

Sumber: The Edge Market

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY