Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

GPU RTX 30 Yang Dicuri Tahun Lalu Dilapor Dijual Di Negara Ini

Posted on Januari 11, 2022Januari 11, 2022

Kekurangan bekalan cip yang berlarutan sehingga hari ini membuatkan ada pihak lebih ‘kreatif’ dan mengambil kesempatan terhadapnya. Pada November tahun lalu, sejumlah kad grafik siri EVGA GeForce RTX 30 yang dalam perjalanan dari San Francisco ke Selatan California telah dicuri.

Syarikat EVGA memberitahu bahawa kesemua kad grafik yang dicuri itu bernilai dari USD330 (~RM1385) ke USD1960 (~RM8230). Kini, nampaknya kad grafik tersebut sudah diketahui lokasi ‘pendaratannya’.

Menurut laporan, beberapa pengguna mengatakan kedai peruncit di Vietnam berkemungkinan besar menjual kad grafik yang dicuri itu.

Hal ini kerana pembeli hanya menerima jaminan (warranty) 1 bulan sahaja. Namun, harga kad grafik yang dibeli tersebut sememangnya murah berbanding yang berada di pasaran.

Bagi menguatkan lagi dakwaan ini, seorang pengguna yang membeli dua RTX 3080 Ti telah mencuba memasukkan nombor siri GPU yang dibeli di laman EVGA. Hasilnya, EVGA mengesahkan itu adalah kad grafik haram.

“On October 29, 2021, EVGA GeForce RTX-30 Series Graphics Cards were stolen during a shipment. The serial number you are attempting to check warranty status on is determined to be from that shipment.”

Bagaimanapun, pengguna mungkin tidak salah dalam hal ini kerana mana-mana yang menggila dalam mencari kad grafik pasti tidak berfikir panjang apabila boleh mendapatkannya pada harga murah.

Malah, kedai yang mereka beli itu bukanlah kedai mengikut pintu belakang. Sebaliknya ia merupakan kedai ternama. Sepatutnya pembeli perlu memulangkan kad grafik tersebut kembali kepada EVGA tetapi mungkin tiada siapa yang mahu berbuat demikian.

Oleh itu, bagi anda yang menjumpai mana-mana barangan yang dijual pada harga tidak masuk akal murahnya, sebaiknya semak dahulu adakah penjual itu scammer atau pun barangan yang dijual itu didapati secara tidak sah.

Sumber: videocardz

Baca juga:

  • AMD Umumkan Siri Ryzen 6000, Lebih Laju Dari Intel Core i7

  • Intel Kata Cip Laptop Baharu Mereka Paling Padu, Apple M1 Max Pun Kalah

  • Beli Laptop Percuma Printer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress