AMD Umumkan Siri Ryzen 6000, Lebih Laju Dari Intel Core i7

Acara CES 2022 yang mula berlangsung harini, AMD telah mengumumkan produk yang bakal dilancarkan oleh mereka pada tahun ini. Kebanyakan daripada produk tersebut adalah lebih berfokuskan kepada pasaran komputer riba.

Antara produk yang menarik perhatian ialah Ryzen 6000. Ryzen ini adalah CPU mudah alih menggunakan seni bina Zen3+ yang merupakan versi ditambah baik daripada Zen3 yang terdapat pada siri Ryzen 5000. Direka dengan menjadikan penjimatan kuasa sebagai tumpuan utama, AMD mendakwa bahawa Ryzen 6000 mampu menjimatkan penggunaan kuasa sehingga 40%.



Selain menggunakan seni bina baharu, Ryzen 6000 ini juga akan bertukar kepada RDNA2 grafik terbina. Ia memberikan sokongan DirectX 12 ultimate, L2 Cache yang besar dan 50% enjin GPU yang lebih laju. AMD juga menjanjikan bahawa siri Ryzen 6000 ini mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding cip pemprosesan Intel Core i7-1165G7, Nvidia GeForce MX450 dan grafik Vega pada ryzen 5000.



Tidak berhenti di situ, AMD memberitahu bahawa Ryzen 6000 ini akan menyokong fungsi moden baharu seperti USB4, PCIe Gen 4, DDR5/LPDDR5, WiFi 6, Bluetooth 5.2 HDMI 2.1 dan DisplayPort.

AMD juga memperkenalkan grafik terbaharu untuk model komputer riba yang direka khas untuk permainan video yang ringan iaitu Radeon 6600S. Ini termasuk juga dengan beberapa grafik model S yang lain seperti RX 6800S, RX 6700S dan RX 6600S.  Model terbaharu Radeon 6000M juga diperkenalkan iaitu 6850M XT, 6600M XT, 6600M, 6500M dan 6300M.



Beralih kepada slot komputer pula, AMD mengumumkan Ryzen 7 5800X3D dengan teknologi AD 3D V-Cache. Walaupun clock speed pada CPU ini rendah, ia mampu memberi sehingga 100MB cache. Dengan itu, AMD mendakwa bahawa CPU tersebut adalah CPU terpantas yang ada di pasaran mengalahkan Ryzen 9 5900X  dan Intel Core i9-12900K.



Kalau dah umum CPU mesti ada GPU juga kan? Oleh itu, AMD juga mengumumkan kad grafik Radeon RX6500 XT. Ia mempunyai separuh spesikasi daripada RX 6600 XT, menjalankan 16 unit compute, 16MB cache Infinity dan 4GB memori video. Selain itu, ia juga mempunyai kelajuan sehingga 2610MHz berasaskan proses 6nm tebaharu TSMC.



AMD mengakhiri pengumumkan mereka dengan mengacah produk yang mereka seterusnya iaitu CPU komputer siri Ryzen 7000. Ia akan didatangkan dengan seni bina Zen4 , berasaskan platform AM5 dan menggunakan rekaan soket LGA. Dikatakan CPU ini akan menyokong fungsi seperti DDR5 dan PCIe 5.0. Siri Ryzen 7000 ini mungkin akan dilancarkan ada penggal kedua tahun ini.



Sumber: AMD