Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Hati-Hati, Mungkin Anda Telah Menempah Kad Grafik Siri RTX 30 Yang Dicuri

Posted on November 8, 2021

Pada musim kesemua jenis cip menjadi rebutan pengeluar dan pengguna, beberapa pihak tidak bertanggungjawab berani merisikokan diri dengan mencuri kad grafik sebelum ia sampai ke tangan pengguna.

29 Oktober lepas, pihak EVGA mengesahkan sejumlah kad grafik siri EVGA GeForce RTX 30 yang dalam perjalanan dari San Francisco ke pusat pengagihan di Selatan California telah dicuri. Masih belum dinyatakan berapa banyak kad grafik yang terjejas namun setiap unit bernilai daripada USD329.99 (~RM1371.00) hingga USD1959.99 (~RM8100.00).

Jika anda menempah kad grafik dari EVGA terutamanya dari siri GeForce RTX 30 atau risau jika tempahan anda terlibat, anda boleh menyemaknya di SINI dengan meletakkan nombor siri. Anda juga boleh cuba mendaftar kad grafik anda di laman ‘My Products’ SINI dan jika anda berjaya mendaftar maka kad tempaham anda antara yang selamat dan tidak dicuri.

Dalam pengumuman itu juga ia mengingatkan pengguna untuk tidak membeli atau menerima barangan dicuri dan sesiapa yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ini bukan kali pertama terjadi bahkan sebelum ini kami pernah laporkan yang mana Kastam Hong Kong menahan sekumpulan penyeludup cuba membawa CPU berprestasi tinggi yang ditampal sekeliling di bahagian kaki mereka.

Sumber: Forum EVGA

Baca juga:

  • Call of Duty: Vanguard Rasmi, Ini Spesifikasi PC Yang Diperlukan
  • Cip Intel Baharu Didakwa Kalahkan Apple M1 Max
  • AMD RX 6600 Dilancar, Pesaing RTX 3060 Tapi Harga Lagi Murah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress