Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen-Shot-2017-02-09-at-2.00.51-AM (1)

Google PlayStore Boleh Halang Telefon Yang Sudah Di-Root Dan Custom ROM Dari Memuat Turun Aplikasi

Diterbitkan Mei 28, 2017 oleh Helmi Samsuri

Minggu yang sudah, terdapat satu berita dimana pengguna telefon pintar yang sudah di-root dihalang dari memuat turun aplikasi Netflix dari Google PlayStore.

Ia disyaki disebabkan penggunaan ‘perlindungan Widevine DRM’ oleh Netflix yang disediakan dari Google.

Baru-baru ini juga telah didapati perubahan pada konsol pembangun Google PlayStore dimana para pembangun mempunyai pilihan sama ada untuk menawarkan aplikasi mereka kepada pengguna telefon root ataupun tidak.

“devices that fail integrity tests or those that are uncertified by Google,”

Ini bermaksud peranti yang di-root serta yang beroperasi menggunakan Custom ROM tidak lagi boleh memuat turun di Google PlayStore.

Buat masa sekarang hanya Netflix yang dihalang, dan mungkin pada masa akan datang aplikasi lain turut sama dihalang dari dimuat turun pengguna telefon root dan Custom ROM.

Walaupun begitu, pengguna hanya disekat dari memuat turun dari Google PlayStore sahaja.

Anda masih boleh memuat turun dari laman yang lain dan menggunakannya seperti biasa.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY