Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store Berwajah Baru, Kelihatan Kemas Serta Ringkas

Google Play Store Berwajah Baru, Kelihatan Kemas Serta Ringkas

Diterbitkan Ogos 22, 2019 · Dikemas kini Ogos 22, 2019 oleh ariff bukhari

Antaramuka baru yang lebih segar, mudah dan pantas untuk diakses.

Pada Mei lalu, Google telah mengumumkan mereka akan merekabentuk semula antaramuka Play Store. Kini secara rasminya Google telah menaik taraf antaramuka Play Store dengan rekabentuk yang lebih segar, mudah dan pantas untuk pengguna peranti mengakses aplikasi dan permainan yang ditawarkan di Play Store.

“To improve the overall store experience, we’re excited to roll out a complete visual redesign. Aligning with Material design language, we’re introducing several user-facing updates to deliver a cleaner, more premium store that improves app discovery and accessibility for our diverse set of users.” Boris Valusek, Ketua Rekabentuk Google Play.

Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah Play Store kini memaparkan bar navigasi di bahagian bawahnya untuk telefon pintar Android dan di bahagian tepi bagi tablet dan Chrome OS.

Google Play Store Berwajah Baru, Kelihatan Kemas Serta Ringkas
Juga kini terdapat 2 bahagian bagi membezakan aplikasi dan permainan yang Google harapkan akan dapat membantu penggunanya mencari kandungan yang bersesuain dengan kehendak mereka. Maklumat di muka aplikasi yang dipilih juga kini lebih terperinci bagi memberikan pengguna maklumat penting tentang sesebuah aplikasi sebelum mereka membuat keputusan untuk memuat turunnya.

Malah Google juga menetapkan rekaan baru bagi aplikasi supaya ia lebih menonjol. Rekabentuk antaramuka baru Google Play Store kini sudah diaplikasikan pada semua pengguna peranti Android dan Chrome OS.

Google Play Store diakses lebih daripada 2 bilion pengguna aktif setiap bulan bagi mencari aplikasi, permainan dan kandungan digital.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY