Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Protect Kini Menyekat Pemasangan Aplikasi AnTuTu Benchmark

Google Play Protect Kini Menyekat Pemasangan Aplikasi AnTuTu Benchmark

Diterbitkan Julai 9, 2020 oleh Meor Hasyim

AnTuTu Benchmark merupakan aplikasi popular yang digunakan dalam kalangan peminat serta pengeluar untuk menguji dan menanda aras prestasi peranti pintar mereka. Namun, pada awal tahun ini, Google telah mengambil langkah drastik membuang aplikasi ini di Play Store disebabkan dakwaan isu sekuriti.

Jika pengguna mahu menggunakan aplikasi ini, mereka perlu memasangnya dari luar Play Store  melalui laman rasmi AnTuTu.  Terbaru, Google kini telah mengeluarkan notis menyekat aplikasi ini untuk dipasang

AnTuTu Google Play Protect

Untuk pengguna yang cuba untuk memasang aplikasi ini, Google Play Protect akan mengesannya dan mengeluarkan amaran bahawa AnTuTu boleh mengumpul data pengguna.

AnTuTu

Namun, anda boleh sahaja terus memasang dengan menghiraukan aplikasi tersebut buat masa ini. Mungkin pada masa akan datang, Google tidak membenarkan terus pemasangan aplikasi. Ketika ini, anda tiada pilihan lain dan harus mencari aplikasi alternatif.

Apa yang pelik adalah dalam App Store Apple, ia masih lagi tersenarai dalam gedung aplikasi tersebut. AnTuTu buat masa ini masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai isu ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY