Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 3 Mengalami Masalah Kepanasan Sehingga Mematikan Peranti

Google Pixel 3 Mengalami Masalah Kepanasan Sehingga Mematikan Peranti

Diterbitkan November 13, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sejak dilancarkan pada pertengahan Oktober yang lalu, Pixel 3 telah dilanda dengan beberapa isu dari masalah pengurusan memori hinggalah kepada isu penyimpanan foto.

Terbaru, peranti Google itu didakwa mengalami masalah kepananasan ketika sedang dicas, secara kabel dan juga secara tanpa wayar.

Dikatakan ia berlaku apabila pengguna melakukan aktiviti lain ketika dicas, peranti akan mengeluarkan notifikasi “phone is getting warm”, membawa maksud suhu telefon meningkat dan melebihi tahap normal.

Ia kemudiannya disusuli dengan penurunan kelajuan pengecasan dan jika ia berlarutan, telefon mati secara sendiri dengan paparan “Phone turned off due to heat” apabila ia dihidupkan kembali.

Masalah ini berlaku dengan pengecas Pixel Stand, pengecas tanpa wayar pihak ketiga dan juga pengecas USB C.

Google masih belum memberi apa-apa kenyataan berkenaan hal ini. Sekiranya ia berpunca daripada sistem perisian, isu ini boleh diselesaikan menerusi kemaskini firmware.

Namun begitu, beberapa pemilik Pixel 3 yang bermasalah menyatakan unit baru yang ditukar tidak mempunyai isu kepanasan tersebut.

Sumber: 9t05 Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY