Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Photos Perkenal Ciri Suntingan Baharu Untuk Peranti Android

Posted on Oktober 1, 2020Oktober 1, 2020

Google kini memperkenalkan ciri suntingan baharu pada aplikasi Google Photos bagi peranti Android. Dengan kemaskini ini, pengguna boleh membuat suntingan gambar dengan lebih mudah melalui smart suggestion dan adjustments.

edit google photos

Melalui Suggestion, ia dapat membantu dalam memberikan hasil suntingan imej dengan lebih baik hanya melalui sekali tap. Ciri-ciri seperti kecerahan, kontras dan potret akan diaplikasikan secara automatik.

Selain one-tap Suggestions, ciri baharu ini juga boleh digunakan untuk menyunting kecerahan, kontras, kepekatan, dan lain-lain secara manual.

edit google photos

Google turut memperkenalkan Portrait Light, yang menggunakan machine learning untuk meningkatkan pencahayaan pada wajah dalam mod potret. Kedudukan dan kecerahan cahaya juga boleh diubah mengikut kesesuaian.

Kemaskini Google Photos telah dilepaskan bermula 30 September kepada semua peranti Android. Belum diketahui bila ciri ini akan ditawarkan untuk peranti iOS.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress