Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Mungkin Keluarkan Pixel Yang Lebih Murah, Pixel 3 Lite

Google Mungkin Keluarkan Pixel Yang Lebih Murah, Pixel 3 Lite

Diterbitkan November 19, 2018 ยท Dikemas kini November 19, 2018 oleh Helmi Samsuri

Siri Pixel diperkenalkan oleh Google pada 2016 yang lalu bagi menggantikan barisan telefon pintar siri Nexus.

Dikelaskan sebagai peranti kelas atasan, sudah pasti harga jualannya tinggi dan menghampakan sesetengah pengguna yang berminat.

Mungkin ingin memberi peluang kepada peminat dalam pasaran pertengahan, kini telah timbul ura-ura Pixel versi bajet akan dikeluarkan sebelum hujung tahun ini.

Menggarap laporan dari sebuah blog berpengkalan di Rusia, Rozetked, mereka mendakwa telah berkesempatan menggunakan Pixel 3 Lite.

Pixel 3 Lite membawakan kelengkapan seperti cip Snapdragon 670, RAM 4GB dan storan dalaman sebesar 32GB.

Google Mungkin Keluarkan Pixel Yang Lebih Murah, Pixel 3 Lite Paparan hadapan pula berukuran 5.56 inci dari jenis IPS dengan resolusi 2220 x 1080. Dijana dengan bateri berkapasiti 2915mAh, menarik lagi tentang model ini adalah sistem kamera utama 12MP dan kamera selfie 8MP, sama seperti model Pixel yang lain.Screenshot 2018-11-19 at 10.46.24 AM

Namun begitu, logo yang tertera dibelakang sedikit berbeza dimana ia memaparkan huruf “C” dan bukannya “G”.

Google Mungkin Keluarkan Pixel Yang Lebih Murah, Pixel 3 Lite

Harga anggaran bagi Pixel 3 Lite dikatakan sekitar $400-$500 (~RM1675 – ~RM2093).Screenshot 2018-11-19 at 10.46.35 AM

Kedatangan versi yang lebih murah ini dilihat sedikit bercanggah dengan kenyataan oleh Ketua Perkakasan Google, Rick Osterloh, dimana beliau menyatakan siri Pixel akan kekal premium.

Walaubagaimanapun, ia boleh diterima akal kerana pesaing lain seperti Apple yang mengeluarkan iPhone XR dan Samsung yang dikhabarkan mahu tampil dengan Galaxy S10 Lite seawal tahun hadapan.

Sumber: Rozetked

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY