Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_c

Google, Meta Dan TikTok Mungkin Perlu Lesen Kandungan – Menteri

Diterbitkan September 15, 2023 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi dan Digital memaklumkan, kementeriannya sedang meneliti keperluan untuk melesenkan platform media sosial besar seperti Google, Meta dan TikTok yang menjana pendapatan menerusi kandungan daripada organisasi media tempatan.

Beliau berkata, perbincangan telah dibuat dengan platform berkenaan bagi memperhalusi perkara itu yang bertujuan memberi pulangan kepada industri media negara.

“…saya sudah membincangkan beberapa perkara dengan MCMC untuk meneliti keperluan bagi mendaftar dan melesenkan beberapa platform terbabit.” Fahmi Fadzil

Fahmi berkata, keperluan untuk melesenkan tiga platform media sosial itu adalah bagi memastikan ekosistem media Malaysia mampan dan sihat.

“Kita melihat banyak kandungan yang dihasilkan organisasi media Malaysia, dimanfaatkan di media sosial yang terdapat di platform besar ini, tetapi pulangan untuk media kita (Malaysia) sangat kurang,” Fahmi Fadzil.

Berkaitan

  • Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max
  • Malaysia Rancang Bina Tapak Pelancar Roket Angkasa Lepas
  • Ini Promosi Yang Ada Jika Anda Tempah Siri iPhone 15 di Machines

Sumber: Berita RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY