Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store Free

Google Mengetatkan Proses Pengesahan Ciri Penjejakan Di Dalam Aplikasi Android

Diterbitkan Februari 23, 2020 oleh ariff bukhari

Google akan perkenalkan polisi baru secara berperingkat sepanjang tahun ini terhadap ciri penjejakan di dalam aplikasi.

Bagi meningkatkan lagi privasi dan menjadikan aplikasi-aplikasi Android lebih selamat kepada para penggunanya, Google akan memperkenalkan polisi baru terhadap pembangun aplikasi.

Khususnya terhadap aplikasi-aplikasi yang mempunyai ciri penjejakan lokasi di belakang tabir. Sekaligus memberikan pengguna lebih kawalan terhadap perkongsian data lokasi mereka dengan aplikasi-aplikasi yang digunakan.

Ia dimaklumkan Google menerusi laman Android Developers Blog minggu lalu.

Google menyatakan, bermula dari bulan April 2020 nanti, mereka akan mengemas kini polisi Google Play serta ciri penjejakan lokasi yang ada pada aplikasi.

Kemudian bermula dari 3 Ogos 2020, kesemua aplikasi baru dengan ciri penjejakan lokasi yang hendak ditawarkan kepada pengguna Android menerusi Google Play mestilah melalui proses pengesahan terlebih dulu.

Manakala bagi aplikasi-aplikasi dengan ciri penjejakan lokasi pengguna di belakang tabir yang sedia ada ketika ini pula akan melalui proses pengesahan pada 2 November nanti.

Atau jika tidak, pembangun berdepan tindakan Google yang akan membuang aplikasi-aplikasi mereka dari Google Play Store.

Perubahan yang dilakukan Google ini adalah sebagai langkah mengetatkan akses aplikasi terhadap data-data di dalam peranti pengguna, sepertimana yang diperkenalkan Apple dalam iOS 13.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY