Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Menawarkan Secara Rasmi Pelayar Edge Berasaskan Chromium Kepada Pengguna

Google Mendakwa Extension Chrome Web Store Lebih Selamat Dipasang Pada Pelayar Chrome Berbanding Edge

Diterbitkan Februari 23, 2020 · Dikemas kini Februari 23, 2020 oleh ariff bukhari

Google mahu pengguna Microsoft Edge beralih kepada Chrome.

Jika anda pengguna aplikasi pelayar terbaru, Microsoft Edge dan mahu memuat turun extension dari laman Chrome Web Store, anda kini akan mula nampak notifikasi pendek dari Google yang menyatakan “Google recommends switching to Chrome to use extensions securely”

chrome web store

Sebelum ini, tiada pula dipaparkan notifikasi tersebut kepada pengguna pelayar Microsoft Edge.

Syor dari Google itu tidak pula menjelaskan apakah kesannya jika pengguna memasang extension dari Chrome Web Store ke dalam pelayar selain Chrome.

Walhal, pelayar Edge turut dibangunkankan berasakan Chromium, sama sepertimana platfom bagi membangunkan pelayar Google Chrome.

Disebalik kemungkinan kurang selamat kepada pengguna jika mereka memasang extension dari Chrome Web Store ke dalam aplikasi pelayar selain Chrome seperti yang didakwa Google, ini juga boleh disimpulkan bahawa Google tetap mahukan pengguna supaya tetap menggunakan pelayar Chrome mereka.

Ketika ini, pengguna pelayar Edge boleh memuat turun extension yang diperlukan menerusi Microsoft Edge Addons atau dari stor lain.

Sumber: MSPU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY