Ciri keselamatan pelayar Chrome kini dipertingkatkan.
Google telah pun mengemas kini aplikasi pelayar Google Chrome kepada versi 79. Dalam versi terbaru ini, Google telah menambah baik terhadap 3 ciri utama pelayar tersebut iaitu ciri perlindungan kata laluan, Anti-Phishing dan ciri keselamatan yang sedia ada dalam pelayar Chrome.
Perlindungan kata laluan
Apabila pengguna memasukkan nama pengguna dan kata laluan pada sesebuah laman sesawang, Chrome akn memberitahu jika data sulit itu telah dicuri oleh penggodam atau disebabkan oleh pencerobohan data yang berlaku ke atas laman sesawang itu.
Jika berlaku, Chrome juga akan mencadangkan supaya pengguna segera menukar kata laluan yang telah terjejas.

Anti-Phishing pada masa sebenar
Google juga telah meningkatkan ciri anti-phishing pelayar Chrome bagi menjadikan pelayar mereka lebih selamat kepada pengguna.
Google menyatakan, setiap 30 minit ciri anti-phishing Chrome akan dikemas kini dan telah pun melindungi sebanyak 4 bilion peranti setiap hari dari ancaman ketika pengguna melayari internet, termasuklah ancaman phishing.

Ciri keselamatan Chrome dipertingkat
Jika anda mengaktifkan Sync pada Chrome, secara automatik semua data yang melibatkan servis akaun Google anda akan dikemas kini pada semua peranti yang anda gunakan.
Ia termasuklah Gmail, YouTube, Search dan segala servis Google yang lain.
Bermakna pengguna juga secara automatik akan dilindungi dengan ciri predictive phishing protection. Ciri ini akan memberikan amaran kepada penggunanya sekiranya mereka cuba memasukkan kata laluan akaun Google ke dalam laman sesawang yang diragui.

Malah Google memaklumkan ciri perlindungan ini juga kini diaktifkan pada pengguna yang tidak menetapkan Sync pada pelayar Chrome.
Pelayar Chrome 79 sudah boleh dikemas kini atau dimuat turun dari laman rasmi Google Chrome.
Berkaitan
- Pelayar Vivaldi Kini Dengan Ciri "Break Mode"
- Digi Berjaya Merangkul 3 Anugerah Utama Di Majlis Star Rating Award 2018
- 8 Negara Menandatangani Kerjasama Ekplorasi Angkasa Lepas Dengan NASA
- Ini Senarai 10 Telefon Pintar Paling Berkuasa Setakat Jun 2020, Menurut AnTuTu
- KKM Nasihatkan Jangan Beli 2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Ini
- Jam Pintar Huawei Dikhabarkan Bakal Menjadi Yang Kedua Sokong Ciri ECG Di Malaysia
- Intel Melepaskan Kemas Kini Pemacu Grafik Dan Audio Bagi Menyokong Windows 10 Version 20H2
- PES 2020 Kini Ditawarkan Untuk Peranti iOS Dan Android
- UNIQLO Keluarkan Koleksi Baju-T NARUTO Sempena Sambutan Ke-20 Tahun
- Mangsa Perisian Hasad Yang Khusus Mencuri Kata Laluan Meningkat Sehingga 60% Pada Tahun 2019