Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
chrome apps

Google Menamatkan Sokongan Aplikasi Chrome Untuk Windows, Mac Dan Linux Bermula Jun 2020

Diterbitkan Januari 17, 2020 oleh ariff bukhari

Laman Chrome Web Store akan berhenti menerima aplikasi Chrome bermula Mac 2020.

Selepas dalam tahun 2017 dulu Google tidak lagi menawarkan aplikasi-aplikasi Chrome menerusi laman Chrome Web Store, kini Google mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sepenuhnya sokongan aplikasi-aplikasi Chrome tersebut terhadap pengguna Windows, Mac dan Linux pada Disember 2020 ini.

Google juga memaklumkan mereka tidak lagi menerima pembangunan aplikasi Chrome baru bermula Mac 2020 ini. Para pembangun pula masih dibenarkan mengemas kini aplikasi-aplikasi Chrome tersebut sehingga Jun 2022.

Berikut adalah garis masa penamatan Chrome Apps sepertimana yang dinyatakan Google:-

  • March 2020: Chrome Web Store will stop accepting newChrome Apps. Developers will be able to update existing Chrome Apps through June 2022.
  • June 2020: End support for Chrome Apps on Windows, Mac, and Linux. Customers who have Chrome Enterprise and Chrome Education Upgrade will have access to a policy to extend support through December 2020.
  • December 2020: End support for Chrome Apps on Windows, Mac, and Linux.
  • June 2021: End support for NaCl, PNaCl, and PPAPI APIs.
  • June 2021: End support for Chrome Apps on Chrome OS. Customers who have Chrome Enterprise and Chrome Education Upgrade will have access to a policy to extend support through June 2022.
  • June 2022: End support for Chrome Apps on Chrome OS for all customers.

Jika pengguna perasan, kini hanya pilihan Themes dan Extensions sahaja ditawarkan di laman Chrome Web Store. Berbanding sebelum ini yang ada menawarkan Apps, Games, Themes dan Extensions.

Chrome web store

Tindakan Google ini adalah berikutan kurangnya pengguna aktif menggunakan aplikasi-aplikasi Chrome serta akses pengguna juga kini sudah boleh mengakses aplikasi-aplikasi itu terus dari laman sesawang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY