Google Membuang 7 Aplikasi Dari Play Store Kerana Mengintip Penggunanya

Jika aplikasi ini ada di dalam telefon pintar anda, sila buangnya dengan segera.


Pihak Google dilaporkan telah membuang 7 aplikasi dari Play Store kerana aplikasi-aplikasi tersebut didapati menginti penggunanya.

Mereka berbuat demikian selepas syarikat pembangun aplikasi keselamatan komputer, Avast melaporkan penemuan tersebut kepada Google.

Pihak Avast berkata, 7 aplikasi ini bukan sekadar menjejaki pengguna sahaja, tetapi juga turut mengintip aktiviti yang dilakukan penggunanya pada telefon pintar mereka.

Aplikasi-aplikasi tersebut dapat menjejaki lokasi dan menghantar data lokasi termasuklah nombor orang hubungan, log panggilan dan mesej teks.

Menurut Avast, aplikasi-aplikasi tersebut berkemungkinan besar dibangunkan oleh pembangun aplikasi yang berpangkalan di Rusia.

Sungguhpun aplikasi ini telah dibuang oleh pihak Google, kepada pengguna yang pernah menggunakan atau masih menyimpannya di dalam telefon pintar mereka disyorkan supaya segera membuang aplikasi tersebut dari peranti mereka.

Aplikasi yang dikategorikan sebagai perisian hasad (Stalkerware) ini dikesan telah dimuat turun sebanyak 130 ribu kali.

Pihak Avast menjelaskan di laman blog mereka seperti berikut bagaimana aplikasi intip ini mengakses ke dalam telefon pintar pengguna:-

"The apps require the snoop to have access to the phone they want to spy on. The snoop can download the apps from the Google Play Store and install them on the target device. The app then prompts the person who installed the app to enter their email address and password. The spying app is sent there.

The apps also help the snoop to hide the surveillance by providing directions to uninstall anything noticeable to the phone’s owner. Upon setup there is no app icon, so the targeted person does not see any sign of the stalkerware app installed on their phone."

Berikut adalah senarai 7 aplikasi pengintip yang telah dibuang Google dari Play Store:-

  • Track Employees Check Work Phone Online Spy Free

  • Spy Kids Tracker

  • Phone Cell Tracker

  • Mobile Tracking

  • Spy Tracker

  • SMS Tracker

  • Employee Work Spy