Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Mahu Sekat Iklan Yang Guna Lebih Kuasa Bateri Dan Data

Google Mahu Sekat Iklan Yang Guna Lebih Kuasa Bateri Dan Data

Diterbitkan Mei 15, 2020 · Dikemas kini Mei 15, 2020 oleh Helmi Samsuri

Dalam menyediakan pelayaran internet yang lebih baik kepada pengguna, Google bakal mengemaskini Chrome akan datang dengan kebolehan untuk menghalang iklan yang mengerah kuasa bateri dan data secara berlebihan.

Menurut Google pada blog rasmi mereka, iklan-iklan tersebut membebankan peranti dan pengguna tidak menyedari mengenai perkara itu. Antara iklan yang dikenalpasti adalah seperti mata wang kripto, tidak diprogramkan dengan baik serta tidak optimum untuk penggunaan rangkaian.

Bagi menyekat paparan iklan tersebut dari mengganggu pelayaran internet pengguna, Google akan mengehadkan sumber yang digunakan iklan itu. Pihak pembangun menyasarkan iklan yang menyebabkan penggunaan tinggi pada CPU atau bandwith.

Sekiranya dikesan menggunakan lebih sumber pada peranti, iklan tersebut akan dipaparkan seperti imej dibawah bersama penerangan.

Google Mahu Sekat Iklan Yang Guna Lebih Kuasa Bateri Dan Data

 

Iklan yang disekat adalah mengikut tetapan Google iaitu, penggunaan sehingga 4MB data atau 15 saat penggunaan CPU dalam jangka masa 30 saat, atau 60 saat dari jumlah keseluruhan penggunaan CPU.

Melalui perubahan yang bakal dilakukan ini, Google berharap pengguna dapat menikmati Chrome dengan lebih baik tanpa iklan yang keterlaluan itu.

Sumber: Chromium Blog via Cnet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY