Google Jejak Lokasi Anda, Walaupun Fungsi Location History Sudah Dimatikan

Hal mengenai mengenai Google menjejak lokasi pengguna bukanlah suatu yang baru.

Tahun lalu, Quartz ada melaporkan telefon Android masih mengutip data lokasi dari menara selular berhampiran dan menghantarnya ke Google, walaupun servis jejak lokasi sudah dimatikan dan kad sim dikeluarkan dari telefon.

Perkhabaran terbaru dari Associated Press mendapati jika fungsi Location History dinyahaktifkan, Google masih boleh mengetahui lokasi pengguna.

Ia telah disahkan oleh penganalisa dari Princeton, dimana Google menggunakan perkhidmatan seperti Google Maps, kemaskini cuaca, carian dari pelayar dan apa-apa aktiviti aplikasi yang boleh mengesan kedudukan pengguna.

Namun begitu, terdapat satu cara yang dapat mematikan fungsi jejak dari Google iaitu dengan menyahaktifkan tetapan pada ciri Web dan App Activity. Apabila sudah dimatikan, Google tidak lagi menyimpan data dari Maps dan carian dari pelayar yang mendedahkan lokasi GPS sebenar pengguna.

Sumber: Associated Press via Phone Dog