Google bersetuju membayar denda tersebut.
Firma gergasi enjin carian, Google LLC telah didenda sebanyak 150 juta Euro (USD166 juta) oleh pihak Berkuasa Persaingan Perancis berikutan aktiviti anti persaingan serta ketidaktentuan terma pengiklanan Google dalam servis Google ads.
Google didakwa terma pengiklanan mereka adalah sebagai mengelirukan dan tidak konsisten. Malah mereka didapati kerap kali mengubah syarat-syarat pada platfom pengiklanan mereka. Sekaligus menyukarkan pempamer iklan mengikuti terma dan syarat platfom iklan Google pada setiap masa.
Pihak Berkuasa Persaingan Perancis menjelaskan keputusan mereka itu menerusi kenyataan media,
"The French Competition Authority considers that the Google Ads operating rules imposed by Google on advertisers are established and applied under non-objective, non-transparent and discriminatory conditions. The opacity and lack of objectivity of these rules make it very difficult for advertisers to apply them, while Google has all the discretion to modify its interpretation of the rules in a way that is difficult to predict, and decide accordingly whether the sites comply with them or not. This allows Google to apply them in a discriminatory or inconsistent manner. This leads to damage both for advertisers and for search engine users."
Susulan denda oleh pihak berkuasa Perancis itu, pihak Google dikhabarkan bersetuju untuk membayarnya.
Di Perancis, Google mendominasi sebanyak 90% enjin carian di negara tersebut serta menguasai 80% pautan iklan atas talian.
Sumber: Tech Crunch
Berkaitan
- Google Melancarkan Servis Terbaru Google Play Pass
- Google Memperincikan Bagaimana Perisian Hasad Joker Menyerang Pengguna Peranti Android
- Google Didakwa Kutip Data Pengguna Dari Aplikasi Google Messages Dan Google Phone
- Google Chrome 73 Kini Menyokong Mod Gelap macOS Mojave
- Google Doodle Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-62
- Buang Segera 35 Aplikasi Android Ini Kerana Dikesan Menyelinap Masuk Ke Dalam Google Play Store
- Google Buang 2 Aplikasi Popular Ini Dari Play Store Tanpa Sebab Munasabah
- Google Menghasilkan Potrait Margaret Hamilton Seluas 1.4 Batu Persegi Menggunakan Cermin Dan Bulan
- Google Bekerjasama Dengan Firma Keselamatan Bagi Meningkatkan Keselamatan Play Store
- Lebih 2.6 Bilion Pengguna Chrome Terdedah Kepada Eksploitasi, Google Keluarkan Kemas Kini Kecemasan