Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mudah Untuk Membuat Carian Menggunakan Gambar Pada Android

Google Chrome Tambah Fungsi Mengesan Kata Laluan Yang Sudah Terdedah Dan Tidak Selamat

Diterbitkan Ogos 23, 2019 oleh Helmi Samsuri

Google Chrome ketika ini sedang menguji satu fungsi yang mampu memberi perlindungan lebih baik bagi data pengguna. Dipanggil sebagai Password Leak Detection, ia ketika ini sedang diuji pada pelayar web Chrome versi Canary.

Password Leak Detection

Password Leak Detection menggunakan pangkalan data kata laluan dan nama pengguna yang berkait dengan mana-mana pelanggaran data awam yang berlaku sebelum ini.

Apabila pengguna cuba memasukkan kata laluan ia akan mengesan sekiranya kata laluan tersebut tidak selamat atau sudah terlibat dalam kebocoran data, seterusnya menyarankan pengguna supaya mengubah kata laluan yang lebih selamat.

Penawaran fungsi ini bukan sahaja untuk pelayar Chrome bagi komputer malah fungsi ini bakal dibawa kepada aplikasi Chrome Android. Ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum beralih kepada versi beta dan mungkin pada masa hadapan akan ditawarkan untuk versi stabil untuk pengguna.

Sumber: XDA-Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY