Tanya sahaja sesiapa yang menggunakan peranti Android 10 dan mereka pasti akan mengatakan kelajuan fungsi menu Share ini bertambah baik. Selaju manakah berbanding dengan Android 9?
Pengurus Produk di Google, Artur Tsurkan telah berkongsi satu graf memaparkan perbandingan kelajuan fungsi Share pada Android 9 Pie dan Android 10. Graf itu memaparkan peratusan pengguna yang boleh mula melihat antaramuka fungsi tersebut dan juga masa yang diambil untuk antaramuka fungsi tersebut dimuat sepenuhnya.
Hasil yang ditunjukkan sangat menarik. Pada 27 milisaat, 50% pengguna Android 10 boleh mula melihat antaramuka Share tersebut dibandingkan dengan 9% sahaja pengguna Android 9. Manakala pada 0.1 saat, hampir kesemua pengguna Android 10 boleh melihat sepenuhnya antaramuka Share tersebut berbanding 50% pada pengguna Android 9.
Kelajuan antaramuka Share tersebut bergantung kepada pelbagai faktor seperti bilangan aplikasi yang dipasang, jenis kandungan yang dikongsi, dan juga kelajuan animasi peranti. Namun, graf ini menunjukkan majoriti besar pengguna akan melihat peningkatan besar dalam antaramuka Share pada Android 10 berbanding Android 9.
Sumber : xda-developers
Berkaitan
- Dengan Bantuan iPhone 11, Apple Berjaya Menjual Sehingga 10 Juta Unit iPhone Di China
- Senarai Telefon Yang Jatuh Harga Sempena Sale 10.10 (Oktober 2020)
- Kemaskini ColorOS 7 Untuk Realme Akan Lebih Ke Arah Android Asli
- Xiaomi Mi Note 10 Kini Rasmi - Kamera 108MP Dengan Harga Bermula RM2,099
- Huawei Malaysia Membuka Pra-Tempahan Nova 7i Pada Harga RM1099
- Alienware M15 Dan M17 R4 Dengan RTX 3070 Kini Di Malaysia Bermula RM10,799
- Kajian: Majoriti Telefon Android Kini Mempunyai Bateri Sekurang-Kurangnya Berkapasiti 5,000mAh
- Apa Itu Google Play System Update Dalam Telefon Android? Apa Kepentingannya?
- Microsoft Surface Duo Kini Rasmi - Peranti Android Dwi-Skrin Untuk Peminat Surface Dan Perisian Office
- Marvel Umum Permainan Dunia Terbuka RPG Future Revolution Untuk Android Dan iOS