Alienware M15 Dan M17 R4 Dengan RTX 3070 Kini Di Malaysia Bermula RM10,799

Mengorak langkah tahun 2021, Alienware kini membawa masuk 2 model komputer riba gaming mereka iaitu Alienware M15 R4 dan M17 R4.

Kedua-dua model ini terlebih dahulu sudah pun dilancarkan pada acara CES 2021 dan Alienware tidak menunggu lama untuk membawanya masuk ke pasaran tempatan.

Secara asasny, kedua-dua komputer riba adalah model yang sama dibezakan dengan saiz skrin.



Alienware M17 R5 merupakan komputer riba dengan skrin 17.3 inci dengan sokongan sehingga resolusi 4K dan juga 360Hz. Alienware M15 R4 pula berukuran 15.6 inci FHD dengan 300Hz.



Dari segi pemprosesan, kedua-duanya dijana pilihan cip sehingga Intel i9-10980HK dan RTX 3070 yang terbaharu semetara RAM adalah sehingga 32GB DDR4 2933MHz.

Storan pula sedikit berbeza dengan M15 R4 sehingga 2.5TB melalui gabungan 2x1TB + 512GB PCIe M.2 NMVe manakala M17 R4 pula sehingga 2TB sahaja.



Di Malaysia, Alienware M15 R4 dijual secara rasmi bermula RM10,799 manakala model Alienware M17 R4 pula pada RM10,999.

 

Berkaitan