Apa Itu Google Play System Update Dalam Telefon Android? Apa Kepentingannya?

Untuk telefon Android, anda sepatutnya menerima kemaskini versi Android tahunan dan juga kemaskini sekuriti kecil secara bulanan.

Selain itu kemaskini Google Play System juga adalah salah satu kemaskini kecilan yang penting, namun ia berbeza dengan sekuriti yang bulanan yang dilepaskan oleh pengeluar.

Apa Itu Google Play System Update?


Google Play System Update ini hanya boleh ditemui dalam Android 10 sahaja. Ini adalah kerana ia diperkenalkan dalam versi Android 10 dan juga dikenali dengan nama Project Mainline pada asalnya.

What Are Google Play System Updates on Android

Adalah menjadi kewajipan untuk setiap telefon Android 10 untuk mempunyai ciri Google Play Update sebagai salah satu ciri sekuriti pada Android 10.

Jika pengeluar telefon atau tablet bertanggungjawab untuk melepaskan kemaskini sekuriti tampalan bulanan, Google pula yang mengendalikan Google System Play Update ini.

Dengan Android 10, Google 'mengurus' sendiri 12 komponen sekuriti yang utama dan menjadikannya sebagai 'modul' untuk mudah dikendalikan oleh mereka.

Dengan itu, kemaskini sekuriti utama ini tidak lagi melibatkan pengeluar telefon pintar. Malah Google boleh mengemaskininya secara berasingan dan 'sesuka hati' mereka.

Fungsi Google Play System Update


Kewujudan Google Play System Update adalah untuk menguruskan isu sekuriti melalui kemaskini, namun ia tidaklah sama dengan tampalan sekuriti bulanan. Kedua-duanya bertanggungjawab untuk perkara yang berlainan.

Walaupun pengeluar tidak mengemaskini sekuriti bulanan telefon anda, anda masih boleh menerima kemaskini Google Play System Update secara berasingan.

Salah satu contoh kepentingan ciri Google Play System Update ini adalah ketika tahun 2015 di mana telefon Android mengalami isu sekuriti Stagefright.

Stagefright merupakan masalah pepijat yang menyebabkan penggodam boleh mengodam dan mengakses data pada telefon Android anda dengan menggunakan hanya MMS sahaja.

Metaphor exploit: A follow-up to Stagefright that puts millions of Android  devices at risk Kapsyen: (Gambar hiasan) - Stagefright


Disebabkan pada ketika itu, telefon Android bergantung kepada pengeluar untuk mendapatkan kemaskini sekuriti, mereka tiada jaminan jika pengeluar mahu bertanggung jawab sama ada mahu mengeluarkan kemaskini atau tidak.

Ini adalah apa yang cuba diselesaikan oleh Google dengan Google Play System Update. Selepas-selepas ini, untuk Android 10 dan ke atas, anda tidak perlu lagi risau isu sekuriti kritikal yang tidak dikemaskini oleh pengeluar telefon anda.

Periksa Versi Kemaskini Google Play System Update Untuk Telefon Android Anda


Untuk mencari tetapan dan memeriksa versi Google Play System Update telefon anda, pergi ke Settings dan tekan pada Security.

*Diperingatkan telefon anda mungkin mempunyai kaedah carian yang berlainan.

Kapsyen: Tekan pada Security.


Pada bahagian Security, di bawah seksyen Security Status, anda akan melihat Google Play system update yang di bawahnya mempunyai bulan kemaskini.

Kapsyen: Perhatikan warna ikon "Google Play system update".


Jika ikonnya berwarna hijau, itu bermakna anda mendapat versi kemaskini yang terkini. Namun jika ia berwarna merah, anda perlu memasang kemaskini baharu dengan tekan "Check for update".

*Sesetengah telefon mungkin tidak mempunyai sebarang ikon berwarna, jadi anda perlu melihat secara manual jika ada sebarang kemaskini atau tidak.

Kapsyen: Semak kemaskini melalui "Check for update".


Perlu diingatkan, tarikh kemaskini sekuriti bulanan dan juga kemaskini Google Play System tidak semestinya perlu sama. Asalkan ikonnya berwarna hijau, anda tidak perlu risau jika anda terlepas mana-mana kemaskini sekuriti dari Google.

Artikel tamat.