Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei nova 7i

Huawei Malaysia Membuka Pra-Tempahan Nova 7i Pada Harga RM1099

Diterbitkan Februari 10, 2020 oleh Meor Hasyim

Huawei Nova 7i telah disahkan pelancarannya pada 14 Februari nanti untuk pasaran tempatan. Walaupun ia merupakan peranti pertama untuk siri 7 Nova, ia bukannya merupakan peranti yang baharu. Ini adalah kerana ia merupakan penjenamaan semula Nova 6 SE yang dilancarkan bersama-sama Nova 6 pada Disember 2019 lalu.

Hari ini Huawei Malaysia telah mengumumkan pra-tempahan untuk peranti ini dengan harga jualan RM1,099. Ia boleh ditempah bermula 14 Februari ini sehinggalah pada 21 Februari. Menariknya, pembeli yang membuat tempahan akan menerima Huawei Band 4 secara percuma.

Untuk spesifikasi peranti, ia menggunakan Kirin 810, pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 128GB. Skrin pula bersaiz 6.4 inci dengan resolusi FHD+ jenis LCD. Terdapat konfigurasi kuad kamera di bahagian belakang dengan 48MP utama serta bateri 4,200mAh.

Huawei Malaysia Membuka Pra-Tempahan Nova 7i Pada Harga RM1099Terdapat 3 pilihan warna iaitu Sakura Pink, Black dan juga Crush Green. Untuk maklumat lanjut mengenai pra-tempahan peranti Nova 7i ini, anda boleh layari laman rasmi Huawei Malaysia.

Sumber: Huawei Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY