Dengan Bantuan iPhone 11, Apple Berjaya Menjual Sehingga 10 Juta Unit iPhone Di China

Apple telah berjaya menjual sebanyak 10 juta iPhone antara bulan September dan Oktober berdasarkan pengiraan data keseluruhan jualan peranti di China. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6% berbanding tahun sebelumnya mengikut kepada Akademi Teknologi Maklumat dan Komunikasi China.

Statistik ini juga mengiyakan ramalan bahawa iPhone 11 terjual dengan lebih banyak berbanding iPhone XR. Apple sebelum ini terpaksa bersaing dengan jenama tempatan seperti Huawei dan Xiaomi yang mempunyai harga penawaran yang menarik, spesifikasi yang lebih baik, serta rekaan yang lebih premium. Sebelum pelancaran iPhone 11 juga bahagian pasaran Apple telah dikalahkan oleh Samsung dan Huawei.

Berikutan dengan kejayaan jualan itu, CEO Apple, Tim Cook mengatakan harga peranti yang lebih murah, program bayaran bulanan serta tawaran menggantikan peranti lama dengan iPhone baharu telah banyak membantu ke arah jualan iPhone di China. Mengikut penganalisis Canalys, Nicole Peng, pengguna China lebih senang untuk membeli siri iPhone 11 berbanding model tahun sebelumnya kerana harga jualan yang lebih rendah. Beliau menambah bahawa jualan untuk model yang lama adalah lebih rendah berbanding model yang baru dilancarkan tahun ini.

Dengan peningkatan prestasi hayat bateri, harga yang lebih rendah, serta kualiti kamera yang setanding dengan Google, Samsung, serta Huawei, siri iPhone 11 menerima maklum balas yang positif membantu kearah jualan yang memberansangkan,

Sumber: Bloomberg

Berkaitan