Ikuti kami di media sosial

Berita

Google Berjaya Melaksanakan Projek Kabel Dasar Laut Menyambungkan Los Angeles Dan Chile

ariff bukhari

Ditulis

pada

Kabel gentian optik ini mampu menyampaikan maklumat sepantas 72Tbps.

Google mengumumkan mereka sedang melaksanakan projek kabel gentian optik dasar laut yang menghubungkan Los Angeles, California dan Valparaiso, Chile.

Projek ini dinamakan sebagai Curie, bersempena dengan nama tokoh wanita pertama, Marie Curie yang dianugerahkan anugerah Noble.

Sedikit info tentang Marie Curie. Beliau adalah satu-satunya tokoh (lelaki mahupun wanita) yang dianugerahkan hadiah Noble sebanyak 2 kali iaitu kali pertama adalah pada tahun 1903 dalam bidang fizik. Manakala kali kedua diterimanya adalah pada tahun 1911 dalam bidang kimia.

Projek kabel dasar laut Curie ini merupakan projek yang ke-13 menggunakan dana Google. Ia telah berjaya disambungkan dengan Chile pada bulan April lalu tanpa dilakukan sebarang ujian awal.

Jadi ketika ini Google sedang menjalankan ujian ke atas kabel yang telah berjaya dipasang itu dengan menyambungkannya ke rangkaian mereka.

Google dijangka akan menggunakan sepenuhnya rangkaian baru mereka ini dalam suku kedua tahun hadapan.

Kabel sepanjang 10,500km itu mengandungi 4 pasang kabel gentian optik yang mana setia satunya berupaya menyampaikan data selaju 18Tbps.

Pada setiap 100km kabel itu, dipasangkan amplifier (pengulang) yang akan menguatkan dan memastikan kelajuan hantaran data adalah konsisten.

Google menyatakan mereka akan menggunakan kabel dasar laut ini untuk servis enjin carian, storan awan, Gmail dan YouTube.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular