Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian Mudah Alih Malaysia Lebih Laju Berbanding Thailand, Indonesia Dan Filipina

Ini Nilai Kerugian Ekonomi Jika Berlaku Gangguan Internet Di Seluruh Malaysia Dalam Masa 1 jam

Diterbitkan Mei 26, 2021 oleh ariff bukhari

Anda bayangkan jika hanya dalam tempoh satu jam, internet di seluruh Malaysia hadapi gangguan?

Lebih teruk jika dalam tempoh 24 jam, langsung tiada capaian internet di seluruh Malaysia, apakah boleh berlaku jika situasi itu berlaku?

Pastinya pelbagai perkara boleh berlaku termasuklah kebosanan, kebuntuan, tertekan, ekonomi merudum, perniagaan melingkup dan banyak lagi.

Situasi gangguan internet secara skala besar yang melibatkan seluruh negara mungkin seakan mustahil untuk ia berlaku.

Tetapi jika itu berlaku, ia pastinya akan memberikan kesan buruk bukan sahaja terhadap pengguna tetapi juga terhadap ekonomi negara.

Bagi memahami dan mendapatkan gambaran dengan lebih jelas berapakah jumlah kerugian itu, sebuah badan kaji selidik dari U.K, Netblocks.org telah menyediakan platfom bagi mengira kerugian yang dialami jika situasi seperti itu berlaku.

Platfom ini mengira impak terhadap ekonomi dengan memberikan anggaran kerugian kesan gangguan internet berdasarkan lokasi, tempoh masa dan jenis gangguan.

Menurut Netblocks, untuk hanya tempoh 1 jam sahaja gangguan internet di Malaysia, nilai kerugian yang dialami adalah dianggarkan sebanyak RM60,716,891.00.

Manakala jika keadaan itu berlangsung selama 24 jam pula, jumlah kerugian yang dihadapi oleh ekonomi Malaysia adalah dianggarkan sebanyak RM1,457,205,373.00.

Bagi negara yang lebih besar ekonominya seperti Amerika Syarikat, kesannya adalah lebih buruk di mana dianggarkan negara itu akan berdepan kerugian sebanyak USD303,609,904 (RM1,257,704,027.32) dalam tempoh 1 jam.

Sumber: Netblocks.org

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY