Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Logo

Google Beri Akses Untuk Pengguna Memilih Jenis Iklan Yang Mereka Mahukan

Diterbitkan Oktober 21, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Beberapa bulan yang lepas, Google telah mengumumkan bahawa sebuah ciri baharu akan dikeluarkan oleh mereka yang digelarĀ My Ad Center. Kini, ciri tersebut sudah boleh diakses oleh semua pengguna di seluruh dunia.

Akses untuk ciri ini membantu kita untuk mengawal apa jenis iklan yang pengguna boleh lihat diĀ kotak carian, Discover, dan YouTube. Akses ini boleh digunakan oleh semua pengguna-pengguna biasa Google. Jika anda merupakan seorang pengguna yang mempunyai rasa ingin tahu yang kuat, anda juga mungkin dapat mengakses maklumat mengenai syarikat-syarikat yang membayar untuk kita sebagai pengguna melihat iklan tersebut.

Google Beri Akses Untuk Pengguna Memilih Jenis Iklan Yang Mereka Mahukan

Kini, pengguna juga dapat membuat beberapa perubahan untuk jenis-jenis topik iklan mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang menyiarkannya. Ini dapat mengelakkan iklan-iklan yang agak sensetif seperti kehamilan, ‘dating’, kehilangan berat badan yang agak mendadak, atau kandungan umur 18 dan ke atas. Akan tetapi, ianya tidak akan menghalang secara sepenuhnya daripada iklan itu muncul kembali.

Berkaitan

  • Google Chrome Adalah Pelayar Yang Paling Terdedah Kepada Kerentanan Tahun 2022 - Atlas VPN
  • 5 Android TV Box Bawah RM300 Yang "Lulus" Google Dan Netflix
  • Siri Pixel 7 Bakal Menerima Google One VPN Secara Percuma Menjelang Disember 2022
  • Tak Perlu Aplikasi Berasingan, 'App' Galeri Xiaomi Boleh Muat Naik Terus Ke Google Photos
  • Texas Saman Google, Didakwa Kumpul Data Biometrik Tanpa Kebenaran

Terdapat juga iklan yang telah diaturkan sendiri oleh Google berdasarkan sejarah aktiviti kita dalam internet. Pengguna boleh menutup ciri iklan ini supaya sebarang iklan yang ditunjukkan tidak akan berkait dengan apa yang kita cari pada sebelumnya. Jangan risau, ianya tidak akan menutup sebarang video cadangan di YouTube atau mana-mana cadangan yang lain.

Semua ciri ini akan dimasukkan secara automatik semasa memasuki Google, atau mana-mana peranti Android. Syarikat ini juga ingin menyatakan sekali bahawa tiada sebarang info peribadi atau mana-mana sejarah carian pengguna dijual untuk menghasilkan iklan-iklan tersebut.

Sumber: Google.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY