Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Texas Saman Google, Didakwa Kumpul Data Biometrik Tanpa Kebenaran

Texas Saman Google, Didakwa Kumpul Data Biometrik Tanpa Kebenaran

Diterbitkan Oktober 21, 2022 oleh Amalina Athman

Texas dilapor telah memfailkan saman terhadap Google, kerana didakwa mengumpul dan menggunakan data biometrik berjuta-juta penduduk Texas tanpa mendapatkan kebenaran yang sewajarnya.

Menurut Peguam Negara Texas, Google didakwa menggunakan produk dan perkhidmatannya sepertiĀ Google Photos, Google Assistant dan Nest Hub Max untuk mengumpulkan pelbagai jenis pengecam biometrik, termasuk cetakan suara dan rekod geometri muka sejak 2015.

Berkaitan

  • Google Chrome Adalah Pelayar Yang Paling Terdedah Kepada Kerentanan Tahun 2022 - Atlas VPN
  • Siri Pixel 7 Bakal Menerima Google One VPN Secara Percuma Menjelang Disember 2022
  • Tak Perlu Aplikasi Berasingan, 'App' Galeri Xiaomi Boleh Muat Naik Terus Ke Google Photos

Tindakan Google itu merupakan pelanggaran akta privasi biometrik, yang sepatutnya memerlukan syarikat mendapatkan persetujuan pengguna apabila mengumpul pengecam biometrik mereka seperti imbasan retina atau iris, cap jari, cetakan suara, atau rekod geometri tangan atau muka.

Dalam pada itu, Reuters menyatakan Google belum memberikan penjelasan lanjut berhubung isu tersebut.

Gambar utama: People Matters

Sumber: BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY