Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
chrome os

Google Bekerjasama Dengan Parallels Untuk Bawa Sokongan Penuh Aplikasi Windows Di Chromebook

Diterbitkan Jun 17, 2020 oleh Meor Hasyim

Sesiapa yang pernah menggunakan Chrome OS pasti sudah biasa dengan fitrah sistem perisian yang kekurangan banyak aplikasi dan perisian. Ia sedikit baik dengan penambahan aplikasi Android dan Linux sejak kebelakangan ini, namun untuk pengguna yang sangat bergantung kepada perisian Windows, mereka tiada alternatif.

Disebabkan itu, kini Google telah bekerjasama dengan Parallels untuk membawa sokongan penuh perisian/aplikasi Windows ke Chrome OS. Untuk makluman, Parallels merupakan syarikat yang membangunkan perisian virtualization yang membolehkan aplikasi Windows dipasang dalam Mac.

Namun, sedikit mengecewakan untuk kebanyakan pengguna kerana Parallels untuk Chrome OS ini hanya akan hadir untuk pengguna Enterprise, iaitu Chromebook yang diurus oleh syarikat besar dan bukannya secara persendirian.

Jadi untuk anda yang mahu menggunakan perisian Photoshop atau Microsoft Word dalam Chromebook peribadi, anda tidak mampu berbuat demikian. Walau bagaimanapun, langkah ini dianggap besar untuk ekosistem Chrome OS itu sendiri kerana ia akan lebih memudahkan pengguna mereka.

Antara perisian yang bakal disokong oleh Parallels adalah Microsoft Office. Pengenalan secara rasmi akan diumumkan sekitar hujung tahun ini. Google juga akan berkongsi maklumat mengenai projek ini dalam bulan-bulan yang akan datang.

Sumber: Google / Parallels

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY