Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
APP DEFENCE

Google Bekerjasama Dengan Firma Keselamatan Bagi Meningkatkan Keselamatan Play Store

Diterbitkan November 10, 2019 · Dikemas kini November 10, 2019 oleh ariff bukhari

3 Firma keselamatan bergabung membantu Google mengesan aplikasi-aplikasi Android meragukan yang ditawar dalam Google Play Store.

Google mengumumkan mereka kini menjalin kerjasama secara rapat dengan 3 firma keselamatan iaitu ESET, Lookout dan Zimperium dalam usaha mereka bagi meningkatkan lagi keselamatan Google Play Store.

Gabungan yang dikenali sebagai App Defense Alliance itu adalah bagi menghalang aplikasi-aplikasi Android meragukan yang ditawarkan di dalam Google Play Store terlepas dimuat turun oleh pengguna peranti Android.

“Our number one goal as partners is to ensure the safety of the Google Play Store, quickly finding potentially harmful applications and stopping them from being published” Google.

Peranti Android yang kini mempunyai lebih 2.5 bilion pengguna amat popular dikalangan pembangun dengan cuba menawarkan aplikasi mereka yang turut menyembunyikan perisian hasad di dalamnya bagi pelbagai tujuan seperti penggodaman dan mengaut keuntungan mudah menerusi perisian hasad iklan.

Google memaklumkan, mereka kini mengintegasikan ciri pengesan sistem keselamatan Google Play Protect dengan rakan keselamatan mereka bagi melaksanakan kerjasama ini.

Melalui cara ini, Google dan pihak firma keselamatan tersebut dapat menganalisa dan mengesan dengan secara langsung terhadap aplikasi-aplikasi yang merbahaya dari ditawarkan dengan lebih baik. Sekaligus membuang aplikasi-aplikasi tersebut dari Google Play Store.

“Knowledge sharing and industry collaboration are important aspects in securing the world from attacks. We believe working together is the ultimate way we will get ahead of bad actors. We’re excited to work with these partners to arm the Google Play Store against bad apps.” Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY