Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Bawa Keluar Dua Aplikasi Yang Digunakan Bagi Penipuan Pemasaran

Google Bawa Keluar Dua Aplikasi Yang Digunakan Bagi Penipuan Pemasaran

Diterbitkan Disember 5, 2018 oleh Haikel Areff

Jika sebelum ini anda menilai semua aplikasi yang ditawarkan di gedung Google Play Store adalah 100% selamat, fikirkan semula. Baru-baru ini, kami ada melaporkan mengenai 13 aplikasi yang boleh menyebabkan peranti anda diserang oleh malware. Kesemua aplikasi berkenaan telah dibawa keluar oleh pihak Google.

Terbaru, Google turut mengeluarkan dua aplikasi popular yang dipercayai terlibat dalam penipuan pemasaran daripada gedung aplikasi mereka. Aplikasi berkenaan ialah CM File Manager(Cheetah Mobile) dan Kika Keyboard(Kika Tech).

CM File Manager mencatatkan lebih dari 50 juta muat turun, manakala Kika Keyboard pula telah dimuat turun sebanyak lebih dari 100 juta kali sebelum dikeluarkan dari Play Store.

Google Bawa Keluar Dua Aplikasi Yang Digunakan Bagi Penipuan Pemasaran

Cheetah Mobile dan Kiko Tech didakwa telah menyalahgunakan dua aplikasi berkenaan untuk menjalankan pelbagai teknik penipuan pemasaran.

Kedua-dua pihak telah menyangkal tuduhan tersebut. Cheetah Mobile meletakkan kesalahan kepada kit pembangunan perisian(SDK) pihak ketiga manakala Kiko Tech pula menyatakan tuduhan tersebut adalah tidak berasas.

Mereka boleh membuat rayuan mengenai perkara ini dan sekiranya didapati tidak bersalah, aplikasi yang terlibat mungkin akan disenaraikan semula oleh pihak Google.

 

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY