Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Bakal Perkenalkan Edisi Ringan Bagi Android Pie Musim Luruh Ini

Google Bakal Perkenalkan Edisi Ringan Bagi Android Pie Musim Luruh Ini

Diterbitkan Ogos 25, 2018 · Dikemas kini Ogos 25, 2018 oleh Haikel Areff

Awal bulan ini, Google telah memperkenalkan sistem operasi baru mereka iaitu Android 9 Pie bagi menyambung legasi Android 8 Oreo sebelum ini. Beberapa peranti daripada pelbagai jenama telah disahkan akan menyokong sistem operasi berkenaan oleh pengeluar masing-masing.

Google Bakal Perkenalkan Edisi Ringan Bagi Android Pie Musim Luruh IniKredit : 9to5google

Namun, kebanyakan daripada peranti tersebut terdiri daripada model yang berkeupayaan tinggi. Seperti dijangka, tiada peranti dari kelas kemasukan yang disahkan akan menerima kemaskini tersebut setakat ini. Akan tetapi, Google telah pun menjanjikan sesuatu bagi peranti-peranti dalam kelas berkenaan.

Mereka baru-baru ini telah mengumumkan bahawa satu edisi ringan bagi Android Pie akan dilancarkan pada musim luruh ini(September-November). Sistem operasi tersebut dinamakan sebagai Android Pie (Go Edition). Google Bakal Perkenalkan Edisi Ringan Bagi Android Pie Musim Luruh Ini

Kredit : Techspot

Sama seperti Android Oreo(Go Edition), ia direka khas bagi dijalankan oleh peranti dengan memori 1GB RAM dan ke bawah. Sistem operasi ini juga didakwa akan memberikan masa boot yang lebih pantas serta kemaskini kepada aplikasi-aplikasinya seperti Google Go dan Maps Go.

Google menegaskan bahawa mereka akan berusaha dengan segala upaya bagi terus memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap kelas peranti termasuklah pertengahan.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY