Terbaru, Google juga dikatakan berminat untuk menyertai industri permainan video secara langsung. Ini kerana mereka telah menjadualkan satu acara misteri semasa persidangan Game Developers Conference 2019 bulan hadapan.
Ia berdasarkan satu video acah berdurasi pendek yang menjadi tular baru-baru ini. Google dijangka akan menggunakan acara tersebut untuk memperkenalkan dengan lebih lanjut mengenai Project Stream mereka, terutama kepada para pembangun permainan.
Project Stream membenarkan pemain bermain permainan video secara strim hanya dengan menggunakan pelayar Google Chrome. Syaratnya, anda perlu mempunyai sambungan internet sekurang-kurangnya pada kelajuan 25Mbps.
Permainan pertama yang disokong oleh projek ini ialah Assasin's Creed Odyssey namun ia hanya tersedia untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja sebelum ini.
Ujian beta bagi Project Stream sudah pun berakhir, dan tidak mustahil Google akan melancarkan Project Stream ini secara rasminya pada acara itu kelak.
Game Developers Conference 2019 akan berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat pada 18 Mac sehingga 22 Mac depan.
Sumber: 9to5Google
Berkaitan
- Android Q Ada Ciri Kesan Kemalangan Kenderaan, Diuji Pada Google Pixel
- Video Komponen Apple Watch 2 Tertiris, Dikatakan Mempunyai Bateri Yang Lebih Besar.
- Jam Pintar Terbaru Huawei Mampu Merevolusi Dunia Permainan Video Mudah Alih
- Dota 2 & Mobile Legends Antara Permainan Video Yang Sah Dipertandingkan Di Sukan Sea 2019
- Google Beri Bayangan Tiada Lagi Penjenamaan Android Selepas Ini
- "Anda Boleh Mendaratkan Pesawat Diatasnya" - Samsung Usik Google Mengenai Rekaan Takuk Pixel 3XL
- YouTube Padam Video Berunsur Kanak-Kanak, Solusi Bagi Masalah Pedophile
- (Video) Huawei Anjurkan Kejohanan Pengecasan Tanpa Wayar Berbalik
- Tencent Games Mahu Bawa Permainan Red Alert ke Peranti Mudah Alih
- Google Qalam - Cipta Kad Ucapan Sambutan Ramadan Anda Yang Tersendiri