Walaupun Apple ada mengemaskini Siri dari semasa ke semasa, ia masih ketinggalan berbanding dengan pesaing mereka. Baru-baru ini, ujian perbandingan telah dilakukan untuk membandingkan Siri dengan Google Assistant.
Ujian ini merupakan ujian ringkas di mana ia membandingkan kelajuan fungsi ucapan ke teks oleh kedua-dua pembantu maya menggunakan peranti Google Pixel dan juga iPhone.
https://twitter.com/jamescham/status/1265512829806927873?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1265512829806927873&ref_url=https%3A%2F%2Fwccftech.com%2Fsiri-and-google-assistant-face-off-in-speech-to-text-comparison-video%2F
Dengan memerhatikan video itu, jelas Google Pixel dengan Google Assistant lebih pantas dan lancar. iPhone pula sebaliknya tersekat-sekat dan perlahan. Dari segi ketepatan juga Google Assistant lebih tepat dalam menterjemahkan perkataan yang diucap berbanding Siri.
Antara faktor kelajuan mengapa Google Pixel lebih cemerlang dalam ujian tersebut adalah penterjemahan ucapan itu berlaku secara terus dalam peranti. Berlainan dengan Siri, penterjemahan berlaku bergantung kepada pelayan Apple.
Melihat kepada perbandingan ini, Apple masih perlu bekerja keras jika ia mahu mengalahkan Google Assistant dari segi kelajuan pembantu maya.
Sumber: James Chan
Berkaitan
- Apple Cuba Untuk Kurangkan Kos iPhone 12 Dengan Rekaan Perkakas Dalaman Lebih Ringkas
- Platform Penstriman Muzik: Spotify Paling Popular Dengan 35% Perkongsian, Apple Music Posisi Ke-2 Sebanyak 19%
- Apple Menjual Roda Mac Pro Dengan Harga RM2,799
- Apple Tutup Kedai Jualan Di China Lantaran Wabak Coronavirus
- Samsung Dilaporkan Mahu Bawa Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar Ke Siri Galaxy A (2021)
- Google Pixel 4 Versi 5G Berkemungkinan Dilancarkan Minggu Hadapan
- Pilihan Raya AS, Google Classroom, Dan BPN Merupakan Carian Paling Tinggi Sepanjang 2020 Di Malaysia
- Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps
- Cip Apple A14 Akan Guna Teknologi 5nm TSMC, Bakal Dihasilkan Secara Pukal Suku Kedua 2020
- Google Pixel 4a Dilancarkan - Snapdragon 730G, RAM 6GB, 3140mAh Dan Kamera 12MP