Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple a14

Cip Apple A14 Akan Guna Teknologi 5nm TSMC, Bakal Dihasilkan Secara Pukal Suku Kedua 2020

Diterbitkan Januari 5, 2020 oleh Meor Hasyim

Sekali lagi Apple akan menggunakan pengeluar cip TSMC secara ekslusif sebagai pembekal cip A14 mereka. Sebagai rekod, cip A14 ini dikatakan adalah cip pertama Apple yang akan menggunakan teknologi pembuatan 5nm dan juga cip pertama yang akan dihasilkan melalui proses 5nm dari TSMC.

Mengikut sumber, cip A14 ini akan dihasilkan secara pukal bermula suku kedua tahun 2020 ini. Jadi, buat masa ini Apple merupakan syarikat pertama yang akan menggunakan teknologi 5nm TSMC mengalahkan Samsung dan juga Huawei.

Terdapat ura-ura mengatakan proses 5nm TSMC baharu ini akan menggunakan teknologi extreme ultraviolet (EUV) seperti pembuatan 7nm Samsung. Menggunakan teknologi EUV ini, cip akan lebih jimat tenaga dan juga prestasi lebih dipertingkatkan berbanding proses pembuatan tradisional.

Untuk cip Apple A14 nanti, ia dijangka akan digunakan pada iPhone 12 yang hadir menjelang akhir tahun ini.

Sumber: Mydrivers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY